Tentang kami
Dibuat oleh orang yang pernah pack parcel sendiri
SmoothSail dibuat oleh Lewix.ai. Kami buat software untuk bisnes Malaysia — workshop, pemborong, pengedar — dan kami asyik nampak silap kecil yang sama buat orang hilang order betul-betul.
Apa yang kami buat lain dari orang lain
Bagitahu kenapa, bukan setakat apa
Kebanyakan software bisnes cuma cakap benda tu tak jalan. Kami cuba bagitahu setting mana puncanya dan kat mana nak tukar. Mesej pilihan bayaran tu contoh paling jelas, dan ia bermula dari satu petang yang kami habiskan kat platform orang lain.
Tak ada app store
Diskaun, upsell, borang, report dan pemulihan cart yang ditinggalkan semua sebahagian dari pakej. Bukan pasar plugin yang masing-masing rosak ikut jadual sendiri.
Spam protection untuk semua pakej
Kedai kat hari pertama pun patut boleh kumpul leads. Kunci benda tu belakang captcha berbayar memang pelik untuk orang yang belum jual apa-apa lagi.
Setting Malaysia yang masuk akal
Ringgit, 16 negeri, zone Semenanjung dan Sabah Sarawak, courier yang anda dah guna, dan field cukai yang e-invois perlukan. Semua siap sebelum anda login kali pertama.
Satu nombor stock
Tolak bila order masuk, pulang balik bila cancel. Kat mana-mana anda jual, nombor yang sama.
Data anda senang keluar
Produk, order dan setiap report boleh export ke CSV, ditapis sama macam yang anda tengah tengok. Software yang anda tak boleh tinggalkan bukan software yang anda pilih.
Bantuan
Orang betul, dalam waktu Malaysia
Hari bekerja, 9 pagi sampai 6 petang waktu Malaysia. Kalau kedai anda down atau tak boleh terima order, cakap kat baris pertama dan kami dahulukan. Luar waktu tu, tinggalkan mesej dan kami sambung pagi esok.
Tengok sendiri
Tiga puluh hari, tak perlu kad. Cara paling cepat nak tahu sesuai ke tak.